Friday, September 23, 2011

setahun berlalu


memperlihatkan kelibat langit yang menggelap ketika ini
seolah-olah memberikan perkhabaran gembira buat aku
waktu untuk melayarkan bahtera sudah tiba 
jam di bumi soviet menunjukkan hampir pukul 2.30 pagi
walaupun bunyinya agak tragis : apa x nya,waktu sebegini amat sesuai untuk melayan mimpi
tapi apakan daya,penangan histology yang bakal melanda esok lebih tragis !

betapa tragis sekalipun nasib aku tuk esok dan seterusnya
tanpa aku sedari,genap hari ni sudah setahun aku di bumi moscow
( sebelum tolak cuti di malaysia )
entah sedar atau x,secara rasminya aku sudah bergelar pelajar tahun dua perubatan !

nanun,apa yang pasti
masih terlalu banyak yang perlu aku pelajari
masih terlalu banyak halangan yang bakal aku tempuhi
tanpa aku menidakkan segala-galanya adalah nikmat kurniaan Ilahi
kesyukuran kehadratNYA xakan pernah kurang walau seinci
alhamdullilah :)


masuk sem3 2nd year ni banyak subjek2 yang baru aku kenali dan harus pelajari
semuanya amat penting untuk aplikasi semasa praktikal nanti
dan ada jugak subjek yang tak penting seperti belajar sejarah russia
masuk kelas cikgu ajar fully ruski..memang terbaik :D
dan kelas sem ni jugak agak rushing sebab kena travel ke tempat2 berlainan dalam satu2 masa
memang mencabar habis !

namun realitinya akan tetap sama
tiada jalan mudah untuk berjaya
semuanya memerlukan ketekunan,kesungguhan,keazaman dan yang paling penting
istiqamah dalam melaksanakannya :)

pengalaman di bumi soviet ini selama setahun
membuatkan aku hampir pasti matang dengan situasi dan keadaan moscow pada hari ini
belajar mengenali sikap negatif warganya terhadap foreigner 
belajar mendalami erti sebenar berdikari ke kelas yang amat jauh setiap hari
yang memakan masa hampir 1 jam setengah
belajar memahami erti kehidupan metropolis yang dipenuhi dengan pelbagai anasir2 negatif
belajar menghargai segala benda yang ada didepan mata walaupun ianya bukanlah rutin
dan apa yang lebih manis dan berharga
mengenali secara lebih mendalam Islam dari perspektif yang benar melalui usrah anjuran senior


semoga 5 tahun yang masih berbaki lagi
akan mampu membentuk diri ini menjadi seorang yang lebih matang 
akan mampu membentuk diri ini menjadi seorang yang lebih cemerlang
matang dan cemerlang dalam mengharungi segala persoalan-persoalan sihat
mengenai kehidupan sebagai seorang pelajar jurusan perubatan
insyaallah..amin :)

we will strive for it !

jumpa anda di puncak kejayaan !

Wednesday, September 14, 2011

melayarkan bahtera pada usia remaja ?


jam menunjukkan pukul 7 petang
suasana dingin lam bilik membuatkan aku terpanggil tuk mencoret sesuatu kat laman ni
antara perasan or x,dah hampir sebulan blog aku ni tanpa entri
kira dah cam rumah usang tak berpenghuni dah ni
kadang2 otak aku pun dah rasa mengeras time nak perah luahan hati
sastera2 punyer ayat pun cam dah nak lenyap >.<
nikmat agaknya bercuti di Malaysia..sampai terlupa plak ada blog :D

tapi apa yang lebih bermakna sekarang ni
tetiba plak aku bermimpi terpanggil2 tuk bercakap pasal nikah kahwin
aishhh..korang jangan salah anggap lak 
xpe la kan.aku pun dah masuk 19 :D


 apa yang pasti
soal nikah dan kahwin ni sebenarnya xsepatutnya menjadi asing buat kita semua yang di usia remaja ni
kadang2 tu
asal cakap sal kahwin je,akan ada remaja2 yang malu2 kucing,tunjuk muka marah n bengis !
kadang2 tu gak
bila remaja2 cam kita cakap sal kahwin depan orang tua memang diaorang bantai habis !
nak sara anak orang camner,belajar ABC 123 pun xhabis gi?

remaja tak semestinya xleh married
remaja bukan child gi
kalau rasa dah cukup umur,dah bersedia 100% tuk mendirikan rumah tangga
so buat pe nak tunggu2 gi?
ikat dan matikan je terus hubungan tu
itu yang terbaik :)

ni gambar kahwin kawan aku yang belajar satu tempat ngan aku sekarang
umur pun sama..baru je mendirikan rumah tangga
memang sweet habis :)

berkahwin pada usia remaja terlalu banyak hikmahnya
macam2 benda yang dapat kita pelajari
namun apa yang pasti
mendirikan rumah tangga bukan semudah apa yang kita lihat kat gambar kawan aku tadi
tapi semuanya memerlukan pengorbanan yang cukup besar sekali

walaupun aku masih belum mendirikan rumah tangga,tapi aku sebagai lelaki dapat merasai naluri jika bergelar seorang SUAMI..semuanya memerlukan pengorbanan dalam diri

tanggungjawab terhadap isteri sama ada zahir mahupun batin

pengorbanan masa,tenaga dan diri

kefahaman dalam perhubungan

keredhaan kedua-dua belah pihak ibubapa dan keluarga

perubahan sikap dan tingkah laku

kekuatan mental dan fizikal

kematangan dalam melaksanakan sesuatu perkara

tolak ansur tanpa sebarang perselisihan

menerima pasangan hidup seada dirinya

yang paling last,tak menganggu pembelajaran (jika masih belajar)

 pucuk pangkalnya,tiada mustahil bagi remaja untuk melayarkan bahtera perkahwinan
kalau dah semua kriteria diatas dah dapat kita penuhi dan lengkapi
insyaALLAH..layarkanlah bahtera korang
jangan tunggu masa lagi ;)

dan bagi aku sendiri
aku masih rasa yang aku masih belum cukup mampu untuk melayarkan bahtera perkahwinan
mungkin aku masih belum matang untuk memikul tugas sebagai seorang suami
apatah lagi aku masih belajar dan jauh berjuta2 KM daripadanya
dan apa yang pasti
jika ada jodoh pasti xkan kemana
hanya masa menentukan segala-galanya
wait and see je :)

buat semua kawan2 yang baca entri ni
yang masih bujang mahupun dah berkahwin
perkahwinan itu cukup indah untuk semua
tapi akan lebih indah jika dilaksanakan berlandaskan iltizam dan niat yang jelas
semoga hubungan kita kekal ke jinjang pelamin dan sampai akhir zaman ;)

amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...